Sunday, 15 April 2012

TEKNOLOGI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

              
        Teknologi ternyata penting dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi pada zaman ICT ini di mana dunia tanpa sempadan dan membenarkan maklumat diakses terletak di hujung jari sahaja. Ia tidak terhasil dengan sendirinya tetapi melibatkan evolusi masa yang lama. Sebagai contoh evolusi komputer bermula pada awalnya untuk kegunaan pihak tentera tetapi sekarang telah digunakan secara meluas oleh seluruh penduduk dunia.

        Komputer adalah salah satu teknologi yang terlibat dalam membuat keputusan. Semasa ianya mula-mula dicipta perlu ada satu arahan yang khusus untuk dimasukkan ke dalam komputer itu untuk membuat keputusan apabila perlu. Oleh itu, dapat dilihat di skrin komputer  kadang-kala terpapar kotak dialog yang memberitahu kita apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. selain itu, lampu isyarat juga dilengkapi dengan kebolehan untuk membuat keputusan sendiri mengenai lorong mana yang perlu dilepaskan dahulu dan kemudiannya diikuti oleh lorong yang seterusnya secara bergilir-gilir.

        Selain itu, telefon bimbit juga diprogramkan untuk berupaya membuat keputusan terhadap sesuatu masalah. Contohnya apabila kuasa bateri berkurangan ia akan mengeluarkan arahan kepada kita untuk mengecasnya semula. Tambahan pula sekarang ini terdapat satu gajet yang canggih berupa penyedut hampa gas pintar yang dilengkapi dengan kawalan automatik yang mampu mentafsirkan sesuatu ruangan itu perlu dicuci atau tidak. Selain itu, ia juga berupaya mengecas dirinya sendiri tanpa perlu bantuan manusia untuk mengecasnya. Ternyata teknologi yang dihasilkan ini mampu memberi kemudahan kepada manusia.

komputer


lampu isyarat
smart vacuum
         

MANFAAT TEKNOLOGI DALAM KOMUNIKASI

        Manfaat yang kita perolehi kesan daripada bahang teknologi komunikasi antaranya ialah memudahkan hubungan dalam kehidupan seharian. Contohnya segala maklumat berkaitan pekara-pekara yang mustahak seperti bila pertandingan sepak takraw akan diadakan dapat diketahui. Dengan adanya teknologi komunikasi seperti telefon, komputer dan sebagainya memudahkan untuk mengetahui perkembangan atlet sepak takraw negara yang bermain di sukan olimpik baru-baru ini. Selain itu juga, masa, tenaga dan wang juga dapat dijimatkan. Mana tidaknya kemudahan semuanya terletak di hujung jari dan tidak perlu bersusah payah membeli surat khabar atau sebagainya. Isu-isu semasa berkaitan sukan tanah air dapat sekurang-kurangnya menjadi pendorong untuk kita berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mengikuti jejak langkah mereka yang berjaya dalam bidang sukan khususnya sepak takraw.

        Kesan sampingan yang baik diperolehi berkaitan teknologi komunikasi ini antara lain dapat menjadikan seseorang itu tahu menggunakan teknologi dengan cara yang betul dan berfaedah kepada masyarakat contohnya mencipta satu iklan yang menyeru dan menggalakkan orang ramai terutamanya generasi muda supaya meminati permainan sepak takraw. selain itu boleh juga menyebarkan pengumuman tentang pertandingan sepak takraw di facebook dengan tawaran hadiah yang lumayan. Inilah bagaimana teknologi komunikasi bekerja untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Juga dapat menggalakkan belia untuk menggunakan teknologi komunikasi dengan cara yang betul.

        Selain itu, teknologi komunikasi dapat membantu menjadi penghubung antara seseorang yang berada jauh seperti komunikasi antara atlet Malaysia yang berada di China dengan ibu bapa mereka yang berada di Malaysia. Perhubungan akan menjadi lebih mudah dan cepat tanpa perlu menulis surat yang ternyata memakan masa yang lama untuk sampai ke Malaysia. Begitu juga perbualan antara atlet negara lain yang di hubungkan terus melalui telefon selalunya semasa sesi wawancara atau temubual dengan atlet luar negara memerlukan kita untuk menghubungi terus mereka menggunakan telefon. Tanpa teknologi ini mesti sukar untuk berkomunikasi dengan mereka. ternyata teknologi komunikasi memberi kesan yang baik dan berguna kepada semua orang.    

HOBI

        Setiap orang mempunyai apa yang dikatakan sebagai hobi iaitu salah satu aktiviti yang dilakukan pada masa lapang dan merupakan aktiviti yang diminati. Bagi saya aktiviti kegemaran saya pada waktu lapang khususnya pada waktu petang melibatkan aktiviti outdoor dan tidak melibatkan satu permainan sahaja. Contoh permainan-permainan yang saya gemari ialah seperti bermain bola sepak, futsal, dan sepak takraw. Di antara permainan-permainan tersebut, sepak takraw adalah permainan yang paling saya minati kerana sebab-sebab tertentu. Antara sebab-sebabnya ialah dalam permainan sepak takraw, jumlah permain yang terlibat dalam permainan tersebut sedikit berbanding bola sepak dan futsal yang seperti mana kita tahu melibatkan kira-kira 5 hingga 11 orang bagi setiap kumpulan. Bagi saya ramai permain membuatkan saya sukar untuk menumpukan perhatian terhadap permainan dan agak sukar bagi  saya untuk menyumbang mata kepada kumpulan saya. Oleh kerana itulah saya menggemari permainan sepak takraw berbanding bola sepak, dan futsal.

        Aktiviti masa lapang amat memberi manfaat kapada si pelakunya sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Manfaat yang saya perolehi sepanjang menceburkan diri dalam permainan ini ialah dapat menyihatkan tubuh badan dan menghindari diri daripada penyakit berbahaya seperti sakit jantung, strok, dan obesiti. Hal ini terbukti kerana semasa melakukan senaman, tubuh badan akan mengeluarkan peluh yang banyak dan menyingkirkan toksik yang berbahaya kepada badan. Selain itu, dengan melakukan senaman juga dapat membakar lemak dalam badan dan membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Oleh itu terbukti bahawa aktiviti ini membantu menyihatkan tubuh badan. Selain itu, masa yang terluang dapat juga diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti beriadah dan sebagainya berbanding hanya duduk di rumah sahaja. Dengan  melakukan kegiatan riadah di waktu senggang dapat juga mengiratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Hal ini terbukti apabila berada di dalam pertandingan, di mana setiap pasukan tidak mengenali pasukan yang lain pada mulanya tetapi selepas habis perlawanan dapat duduk dan bertukar-tukar pandangan antara setiap pasukan. Oleh itu, banyak kelebihan yang diperolehi daripada setiap aktiviti yang dilakukan.

        Akhir sekali, harapan saya kepada pembaca supaya sama-sama sentiasa aktif dalam aktiviti sukan yang digemari kerana seribu satu manfaat terkandung di dalamnya. Cuba hindari diri daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat membeli belah, menghisap rokok, melayari laman facebook atau laman web lucah kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat sebaliknya membawa petaka di kemudian hari.

sepak takraw

Saturday, 14 April 2012

MAKSUD TEKNOLOGI KOMUNIKASI

        Teknologi komunikasi adalah satu istilah yang menggambarkan saling hubungan antara manusia yang berlandaskan kepada teknologi sebagai alat bantu gerak sesuatu maklumat, masej, pesanan, perasaan atau fikiran supaya disampaikan dengan jelas dan tepat kepada penerima. Boleh juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang mendorong kepada saling hubungan antara manusia dalam kehidupan seharian. Kita boleh lihat sejak dari zaman pra-sejarah lagi sudah wujud teknologi dalam komunikasi tetapi apa yang berbeza dengan zaman sekarang ialah perkembangan teknologi dahulu hanya berlandaskan atau terhad kepada kemajuan dan kepintaran manusia pada zaman tersebut. Sebagai contoh manusia pada zaman dahulu manggunakan dinding-dinding gua untuk merekod maklumat atau peristiwa penting  seperti cara-cara berburu, merekod undang-undang dan sebagainya. Berbeza dengan zaman moden apabila pemikiran manusia semakin berkembang maka terciptalah alat-alat yang memudahkan komunikasi seperti komputer, telefon, ipod dan lain-lain sebagai medium utama untuk merekod maklumat-maklumat penting.

Teknologi komunikasi terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu:-
  1. Pemberi. Individu yang menyampaikan sesuatu pesanan.
  2. Medium. Iaitu sesuatu yang dapat berupaya menyampaikan maksud-maksud tertentu kepada pihak lain contoh komputer, internet, jalur lebar, dan telefon bimbit.
  3. Kandungan penyampaian. Isi kandungan atau apa-apa yang ingin disampaikan.
  4. Penerima. Seseorang yang akan menerima sesuatu pesanan atau maklumat dan memberi respon sama ada positif atau negatif.



CONTOH-CONTOH TEKNOLOGI KOMUNIKASI






















MAKSUD TEKNOLOGI

        Teknologi merangkumi satu perspektif yang luas. Sekiranya kita mahu menjelaskan maksud sebenar teknologi, ia dapat diterangkan melalui makna-makna berikut antaranya teknologi adalah sinonim untuk dikaitkan dengan aspek-aspek yang berkaitan pembangunan, penggunaan alatan, jentera yang berorentasikan untuk memudahkan urusan manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam konteks ini apa-apa material yang memberi kemudahan kepada manusia ditakrifkan sebagai teknologi. Ianya tidak tetap dan sentiasa berkembang dan berubah seiring dengan kemajuan pemikiran manusia itu sendiri. Oleh itu, semakin bijak seseorang itu maka semakin canggih dan maju teknologi yang dihasilkan.
      
        Pengertian kedua tentang maksud teknologi ialah rekaan sesuatu kemudahan atau infrastruktur yang disandarkan kemajuan dalam bidang sains dan kebolehan seseorang untuk mencipta. Dalam konteks ini kedua-dua unsur ini saling memerlukan untuk menghasilkan sesuatu ciptaan.
      
        Menurut Djoyohadikusumo, teknologi merupakan gabungan antara sains dan kebolehan dalam mencipta. Sekiranya seseorang itu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sains kemudahan di tambah dengan keupayaan mencipta maka disitulah akan lahirnya teknologi. Menurut beliau lagi, seseorang yang mempunyai salah satu daripada kemahiran ini pun sudah memadai kerana individu itu berkecenderungan untuk mencari dan membentuk satu kerjasama dengan pihak yang lain untuk menghasilkan sesuatu teknologi.



CONTOH-CONTOH TEKNOLOGI
komputer riba paling nipis
digital kamera
pen digital














ipod touch




MAKSUD KOMUNIKASI

        Komunikasi ialah satu proses pertukaran maklumat, perasaan, idea dan fikiran yang berlaku antara seseorang individu kepada individu yang lain dan kadang-kala melibatkan kumpulan yang ramai. Ia merangkumi dua hubungan iaitu hubungan linguistik dan bukan linguistik. Hubungan linguistik ialah komunikasi yang terhasil melalui percakapan, ppenulisan, dan bahasa isyarat. Hubungan bukan linguistik pula bermaksud komunikasi yang melibatkan pegerakan anggota badan seperti tangan, kaki, kepala, muka, dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai bahasa tubuh. Komunikasi akan terhasil apabila terdapat subjek-subjek seperti berikut:-
  • Pihak yang berkomunikasi. Komunikasi tidak akan terhasil sekiranya tidak melibatkan dua pihak iaitu antara pemberi maklumat dengan penerima maklumat. Pemberi maklumat akan menyampaikan idea atau   fikiran kepada penerima. Penerima pula akan memanfaatkan maklumat yang diterima dan seterusnya memberi respon berkenaan maklumat berikut. Contohnya sekiranya kita bercakap tetapi tidak ada sebarang respon maka tidak wujud komunikasi.
  • Maklumat yang ingin disampaikan. Perlu ada topik atau pekara yang ingin disampaikan atau dikongsi bersama. Selalunya melibatkan pekara-pekara dalam kehidupan seharian.
  • Alat komunikasi. sesuatu ikon yang mampu membawa maklumat yang ingin disampaikan. Contohnya dalam perbualan antara dua individu secara berhadapan melibatkan suara, gerak badan sebagai alat untuk menyatakan maklumat yang diingini. Begitu juga komunikasi antara seseorang kepada kumpulan yang ramai contihnya ceramah perdana memggunakan pembesar suara sebagai alat komunikasi supaya maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan mendokong makna yang tinggi.

CONTOH-CONTOH KOMUNIKASI
Hubungan Linguistik










Hubungan Bukan Linguistik







































Wednesday, 11 April 2012

my first contents

i am successfully create my blog in order to finish my assignment under introduction communication and technology....