Sunday 15 April 2012

HOBI

        Setiap orang mempunyai apa yang dikatakan sebagai hobi iaitu salah satu aktiviti yang dilakukan pada masa lapang dan merupakan aktiviti yang diminati. Bagi saya aktiviti kegemaran saya pada waktu lapang khususnya pada waktu petang melibatkan aktiviti outdoor dan tidak melibatkan satu permainan sahaja. Contoh permainan-permainan yang saya gemari ialah seperti bermain bola sepak, futsal, dan sepak takraw. Di antara permainan-permainan tersebut, sepak takraw adalah permainan yang paling saya minati kerana sebab-sebab tertentu. Antara sebab-sebabnya ialah dalam permainan sepak takraw, jumlah permain yang terlibat dalam permainan tersebut sedikit berbanding bola sepak dan futsal yang seperti mana kita tahu melibatkan kira-kira 5 hingga 11 orang bagi setiap kumpulan. Bagi saya ramai permain membuatkan saya sukar untuk menumpukan perhatian terhadap permainan dan agak sukar bagi  saya untuk menyumbang mata kepada kumpulan saya. Oleh kerana itulah saya menggemari permainan sepak takraw berbanding bola sepak, dan futsal.

        Aktiviti masa lapang amat memberi manfaat kapada si pelakunya sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Manfaat yang saya perolehi sepanjang menceburkan diri dalam permainan ini ialah dapat menyihatkan tubuh badan dan menghindari diri daripada penyakit berbahaya seperti sakit jantung, strok, dan obesiti. Hal ini terbukti kerana semasa melakukan senaman, tubuh badan akan mengeluarkan peluh yang banyak dan menyingkirkan toksik yang berbahaya kepada badan. Selain itu, dengan melakukan senaman juga dapat membakar lemak dalam badan dan membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Oleh itu terbukti bahawa aktiviti ini membantu menyihatkan tubuh badan. Selain itu, masa yang terluang dapat juga diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti beriadah dan sebagainya berbanding hanya duduk di rumah sahaja. Dengan  melakukan kegiatan riadah di waktu senggang dapat juga mengiratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Hal ini terbukti apabila berada di dalam pertandingan, di mana setiap pasukan tidak mengenali pasukan yang lain pada mulanya tetapi selepas habis perlawanan dapat duduk dan bertukar-tukar pandangan antara setiap pasukan. Oleh itu, banyak kelebihan yang diperolehi daripada setiap aktiviti yang dilakukan.

        Akhir sekali, harapan saya kepada pembaca supaya sama-sama sentiasa aktif dalam aktiviti sukan yang digemari kerana seribu satu manfaat terkandung di dalamnya. Cuba hindari diri daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat membeli belah, menghisap rokok, melayari laman facebook atau laman web lucah kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat sebaliknya membawa petaka di kemudian hari.

sepak takraw

No comments:

Post a Comment