Sunday 15 April 2012

MANFAAT TEKNOLOGI DALAM KOMUNIKASI

        Manfaat yang kita perolehi kesan daripada bahang teknologi komunikasi antaranya ialah memudahkan hubungan dalam kehidupan seharian. Contohnya segala maklumat berkaitan pekara-pekara yang mustahak seperti bila pertandingan sepak takraw akan diadakan dapat diketahui. Dengan adanya teknologi komunikasi seperti telefon, komputer dan sebagainya memudahkan untuk mengetahui perkembangan atlet sepak takraw negara yang bermain di sukan olimpik baru-baru ini. Selain itu juga, masa, tenaga dan wang juga dapat dijimatkan. Mana tidaknya kemudahan semuanya terletak di hujung jari dan tidak perlu bersusah payah membeli surat khabar atau sebagainya. Isu-isu semasa berkaitan sukan tanah air dapat sekurang-kurangnya menjadi pendorong untuk kita berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mengikuti jejak langkah mereka yang berjaya dalam bidang sukan khususnya sepak takraw.

        Kesan sampingan yang baik diperolehi berkaitan teknologi komunikasi ini antara lain dapat menjadikan seseorang itu tahu menggunakan teknologi dengan cara yang betul dan berfaedah kepada masyarakat contohnya mencipta satu iklan yang menyeru dan menggalakkan orang ramai terutamanya generasi muda supaya meminati permainan sepak takraw. selain itu boleh juga menyebarkan pengumuman tentang pertandingan sepak takraw di facebook dengan tawaran hadiah yang lumayan. Inilah bagaimana teknologi komunikasi bekerja untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Juga dapat menggalakkan belia untuk menggunakan teknologi komunikasi dengan cara yang betul.

        Selain itu, teknologi komunikasi dapat membantu menjadi penghubung antara seseorang yang berada jauh seperti komunikasi antara atlet Malaysia yang berada di China dengan ibu bapa mereka yang berada di Malaysia. Perhubungan akan menjadi lebih mudah dan cepat tanpa perlu menulis surat yang ternyata memakan masa yang lama untuk sampai ke Malaysia. Begitu juga perbualan antara atlet negara lain yang di hubungkan terus melalui telefon selalunya semasa sesi wawancara atau temubual dengan atlet luar negara memerlukan kita untuk menghubungi terus mereka menggunakan telefon. Tanpa teknologi ini mesti sukar untuk berkomunikasi dengan mereka. ternyata teknologi komunikasi memberi kesan yang baik dan berguna kepada semua orang.    

No comments:

Post a Comment